KUALA LUMPUR: Kejutan demi kejutan terus menghiasi episod kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), yang semakin mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air.
Episod kedua yang dinanti-nantikan menjanjikan malam penuh magis dengan persembahan yang pasti tidak akan dilupakan.
Dayang Nurfaizah baka memanaskan pentas, manakala Yuna pula akan memberikan sentuhan profesional sebagai juri jemputan.
Menerusi barisan persembahan bertenaga dan juri ternama, CSOIAM membuktikan ia lebih daripada sekadar rancangan realiti, namun merupakan perayaan muzik dan bakat-bakat baharu yang amat dinantikan.
Dalam episod akan datang, pentas CSOIAM akan dihidupkan dengan persembahan pembukaan oleh Dayang Nurfaizah, yang akan membawakan lagu-lagu popularnya, iaiu Hakikat Cinta dan Lemah.
Selain itu, Kai Deva, pemenang Terpaling Fizz dalam episod pertama akan bergandingan dengan legenda rock tanah air, Dato’ Nash, dalam sebuah persembahan epik menerusi lagu ikonik Pada Syurga Di Wajahmu.
Gabungan suara generasi baharu dan legenda itu pasti akan mencipta momen penuh emosi dan kehebatan di pentas CSOIAM.
Episod kedua ini turut menyaksikan Yuna, seorang ikon muzik bertaraf antarabangsa, tampil sebagai juri jemputan.
Kehadiran Yuna dijangka akan menghangatkan lagi pentas Bersama barisan juri tetap yang terdiri daripada Dato’ Yusry, Ziana Zain dan Chakra Khan.
Gabungan luar biasa itu akan menjadikan pentas CSOIAM sebagai medan epic, di mana peserta dapat menyerlahkan bakat mereka dan membuktikan kehebatan masing-masing.
Pastikan anda bersiap untuk teruja dengan pandangan tajam, komen membina dan aura memukau daripada panel juri.
Senarai lagu top 14 peserta
Minggu kedua membawa tema “Melodi Indah, Segar Membara”, di mana lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati ramai akan diberi nafas baru dengan melodi segar.
Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-factor yang dinanti-nantikan?
Persaingan minggu ini dijangka lebih sengit dengan 14 peserta terbaik membawakan lagu-lagu pilihan mereka:
Trio XL – Khayalan
Erfarina – Teringin
Rezza Shah – Tiara
Mariam – Di Persimpangan Dilema
Aniq – Seribu Impian
Alya Mardien – Janji Manismu
Dhania – Sekadar Di Pinggiran
Kai Deva & Dato’ Nash – Pada Syurga Di Wajahmu
Zazzleen – Aku Cinta Padamu
Marygrace – Sepi Sekuntum Mawar Merah
Jimi – Di Penjara Janji
Dayang Ku Iffah – Elegi Sepi
Hafiz Zainal – Relaku Pujuk
Eylia Guntabid – Hanya Di Mata
Undian Rasmi Bermula!
Minggu ini juga menandakan bermulanya undian rasmi untuk CSOIAM.
Gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton akan menentukan keputusan setiap minggu, bermula dari episod kedua hingga episod kelapan.
Terdapat tiga cara mudah untuk mengundi peserta kegemaran anda
Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton.
Pengguna Tonton sedia ada juga akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.
Anda juga boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.
Undian anda adalah kunci kejayaan mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.
Fizz Journal – Menyusuri Perjalanan Peserta
Jangan lupa untuk mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam.
Sorotan eksklusif itu akan membawa anda menyelami dedikasi, cabaran dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.
Saksikan Keajaiban Episod Kedua CSOIAM
Saksikan keajaiban episod kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang pastinya tidak ingin anda lepaskan.
Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.
Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.