comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam pendatang Indonesia cuba lolos ke Batam diberkas

FOTO: Ihsan MARITIM Johor

Oleh: Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia yang cuba meloloskan diri ke Batam, Indonesia melalui perairan Tampok, Pontian diberkas anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pagi semalam.

Pengarah Maritim zon Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mereka ditahan pada kedudukan kira-kira 10 batu nautika dari barat daya perairan Tampok, dalam Ops Tiris 3.0.

FOTO: Ihsan MARITIM Johor

Katanya, selepas ditahan tekong dan enam lelaki yang berumur 26 hingga 42 tahun dalam bot berkenaan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati semua mereka cuba keluar dari perairan Malaysia menuju ke Batam, Indonesia” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: Ihsan MARITIM Johor

Semua yang ditahan kemudian dibawa ke jeti Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A, bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Manakala lima warganegara Indonesia yang lain akan disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan keluar masuk Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

FOTO: Ihsan MARITIM Johor

Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau dipenjara maksima 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Johor akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang sengaja melanggar undang-undang selain terus memastikan perairan Johor terkawal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini