Tumpuan :
Nasional

Enam motosikal musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR: Enam motosikal musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri, di sini malam tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Hisam Mamat memaklumkan kejadian jam 9 malam itu, membabitkan bilik Kelas Fardhu Ain (Kafa).

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 malam.

“Susulan itu, jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba pasukan di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sembilan motosikal di mana enam daripadanya musnah 100 peratus dan tiga rosak 10 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kebakaran turut membabitkan bilik kafa dengan kemusnahan dianggarkan lima peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 malam dan kejadian tidak membabitkan mangsa.

“Punca kebakaran dan junlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini