Tumpuan :
Nasional

Enam mayat dibawa keluar dari lokasi nahas – KPN

Foto: NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Rusyaidi Hafiz Shahid

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di Elmina, di sini.

Foto: NSTP

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, lima mangsa nahas tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna fizikalnya disebabkan impak pesawat yang berkecai.

“Mayat ada enam yang dijumpai satu dalam keadaan sempurna, manakala lima lagi merupakan cebisan mayat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

“Kalau ikutkan, kesemua dalam kapal terbang tersebut ada lapan, satu penunggang motorsikal yang kita jumpa mayatnya di atas jalan, dan satu lagi pemandu kereta.”

“Tetapi pemandu kereta tersebut kita tidak pasti sama ada dia merupakan pemandu Grab, jadi kita tidak tahu samada ada penumpang di dalam itu.”

“Kita cuba dapatkan waris mangsa, tetapi belum dapat dihubungi.”

Razarudin berkata, kawasan pencarian ketika ini meliputi keluasan radius lebih satu ekar.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak berkuasa akan mencari cebisan mayat terlebih dulu sebelum memberi tumpuan kepada pencarian kotak hitam.

“Kita akan cari mayat dahulu, selepas kita dah dapat semua, kemudian baru pihak yang berkaitan akan datang untuk mencari kotak hitam.”

Ujarnya, kesemua mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Tambah beliau, polis telah menyediakan tempat untuk waris mangsa melakukan ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Kita juga dah menghubungi keluarga-keluarga yang terlibat terutama mangsa penunggang motorsikal yang meninggal untuk mengambil ujian DNA.”

“Kita kalau boleh nak siap, lebih cepat lebih bagus. kita tak mahu berkampung di sini dan kita tak mahu tutup jalan ini. Jadi secepat mungkin kita nak buat.”

 

 

 

 

 

 

Loading...
Terkini