comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam kenderaan ranap dihempap pokok tumbang

Anggota bomba memotong pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Seksyen 7, Kota Damansara, awal pagi tadi. – Foto: Ihsan Bomba

PETALING JAYA: Enam kenderaan di tempat letak kenderaan di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 7 Kota Damansara di sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pokok berkenaan bersaiz besar dan dahannya tumbang terkena enam kenderaan iaitu Proton Waja, Proton Iris, Proton Saga, Perodua Alza dan dua Perodua Myvi.

Katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima jam 3.10 pagi.

“Enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah pokok tumbang yang menghempap enam kenderaan di tempat letak kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini dan kerja pemotongan serta pembersihan sedang giat dijalankan.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini