Tumpuan :
Kemalangan

Enam cedera nahas sembilan kenderaan di plaza tol

Nahas sembilan kenderaan di susur masuk Plaza Tol Simpang Pulai, di sini hari ini. – FOTO: Ihsan JBPM Perak

IPOH: Enam lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di susur masuk Plaza Tol Simpang Pulai, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, nahas pada 2.34 petang itu membabitkan masing-masing tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga tan, sebuah treler treler dan dua lori dua tan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu oleh BBP Gopeng digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat yang berakhir jam 4.10 petang.

“Bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas,” katanya.

Difahamkan insiden menyebabkan sebahagian daripada fasiliti di susur krluar plaza tol terbabit termasuk palang penghadang di susur keluar tol turut ranap.

Turut difahamkan, kejadian berlaku apabila salah sebuah lori merempuh belakang lori yang lain dan seterusnya menyebabkan ia menggelungsur ke hadapan serta melanggar tujuh kenderaan lain.

Menerusi ciapan di laman Twiter @plustrafik, insiden turut menyebabkan kesesakan sebelum dan serta selepas susur keluar plaza tol itu. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini