ISKANDAR PUTERI: Empat warga Myanmar ditahan kerana membuka pusat hiburan tanpa lesen, di Taman Bestari Jaya, Skudai di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kumpulan itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur antara 24 hingga 30 tahun.
Difahamkan pusat hiburan itu dikesan beroperasi sejak dua bulan lalu .
“Hasil siasatan awal mendapati mereka mensasarkan pelanggan warga asing terutama Myanmar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, petang tadi.
Polis juga tambahnya, merampas 28 karton dan 15 tin arak pelbagai jenama, televisyen, pembesar suara, amplifier, dua mikrofon tanpa wayar dan wang RM220.
Semua yang ditahan direman hingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.