comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat sungai di Kedah melebihi paras bahaya

Anggota APM Yan melakukan pemantauan di Sungai Gurun Kampung Perupok yang melepasi tahap bahaya. – FOTO: Ihsan APM

ALOR SETAR: Hujan lebat semalam menyebabkan paras empat sungai di negeri ini terus meningkat melebihi paras bahaya.

Berdasarkan maklumat Public Infobanjir, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di Kota Setar berada pada 2.69 meter (m) melebihi paras bahaya 2.6m, manakala Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang mencatat 22.71m, setakat jam 7 pagi tadi.

Sungai Gurun di Kampung Perupok pula direkodkan pada 3.75m melepasi tahap bahaya 3.5m.

Keadaan sama turut dilaporkan di Sungai Pendang di Pekan Pendang dengan paras terkini setakat jam 8 pagi ini, direkodkan 2.71m  melebihi tahap bahaya 2.7m.

Sementara itu, dua sungai melebihi tahap amaran iaitu Sungai Bata di Kampung Jeragan, Kubang Pasu (19.44m) dan Sungai Sari di Kilang Gula, Padang Terap (28.02m).

Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap pula melebihihi tahap waspada iaitu 25.56m dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di Kota Setar direkod pada 1.48m.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini