Tumpuan :
Nasional

Empat sekeluarga mangsa tanah runtuh disemadi di Jasin

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Suasana pilu menyelubungi sebaik sahaja mayat empat sekeluarga mangsa tanah runtuh yang berasal dari Machap Baru tiba di kediaman waris mereka di sini hari ini.

Mayat mangsa tanah runtuh, pasangan suami isteri Lai Chee Sam dan Lai See Ting dan dua anaknya tiba di perkarangan kediaman keluarga mereka di Kampung Machap Baru, pada 3.45 petang ini.

Bagaimanapun usaha menemubual waris tidak berjaya kerana keluarga masih dalam kesedihan.

Sementara itu ketua kampung Micheal Tai berkata daripada maklumat yang diperolehi waris, mayat anak perempuan sudah dibakar mengikut upacara yang ditetapkan semalam di Tanah Perkuburan Cina Kesang, Jasin.

Dalam pada itu, turut hadir sama memberi penghormatan terakhir dan mengucapkan takziah adalah Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu di samping hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar.

Terdahulu Lai Chee Sam dijumpai dan disahkan meninggal pada 18 Disember lalu.

Sementara isteri dan anak lelakinya berumur dua tahun ditemui pada 19 Disember lalu manakala anak perempuannya pada malam semalam.

Dalam pada itu, upacara pembakaran akan dilakukan di Tanah Perkuburan Cina Kesang, Jasin pada 27 Disember ini.

Loading...
Terkini