comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Empat sekeluarga cedera, kereta langgar babi hutan

Foto hiasan

MUAR: Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zuraimi Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 tengah hari sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa, Mohd Halid Shahid, 59, terbabas akibat melanggar seekor babi hutan yang cuba melintas.

“Mangsa mengalami patah di bahagian tulang peha, manakala tiga lagi individu dalam kereta iaitu Norlinda Tukiman, 38, dan dua anaknya, Nurisma Aliah, 13, serta Muhammad Aiman Haziq, 9, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuraimi berkata, operasi pasukan berkenaan membabitkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS), dua unit Rapid Intervantion Motocycle (RIM) dan satu jentera Water Tanker berserta 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 2.22 petang, – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini