comscore
Tumpuan :
Nasional

Elak jadikan isu perkauman sebagai bahan politik – Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Ahli politik diminta agar tidak menjadikan isu perkauman sebagai bahan politik, sebaliknya fokus kepada mengukuhkan perpaduan.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1445H/2023M, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob berkata, ini kerana perkara kepentingan kaum termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artikel berkaitan: ‘Semakin besar anugerah, semakin besar tanggungjawab’ – Monir

“Saya lihat isu perpaduan ini, parti politik kita semakin bercambah, semakin parti politik isu itu bertambah (isu perpaduan) akan sentiasa akan hidup”

“Sukar untuk kita ada (perpaduan) apabila parti politik berdasarkan kaum”

“Ini perkara yang dimaktubkan menjadi satu bahan untuk menyokong dia (ahli politik)”

“Masalahnya mudah, kita harapkan ahli politik jangan mengupas isu perkauman ini dan masalah akan selesai.” katanya.

Tambahnya, beliau rasa dihargai apabila dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah tahun ini.

“Sesiapa sahaja dapat bintang, anugerah setiap orang akan merasa bangga dan gembira.”

“Saya sebagai muslim bersyukur dan merasakan apa yang kita buat, orang hargai.” katanya

Terdahulu, beliau yang juga pakar dalam bidang syariah dan perbandingan undang-undang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1445H/ 2023M oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023.

Loading...
Terkini