comscore
Tumpuan :
Nasional

[EKSKLUSIF] Sampul duit raya diolah seperti kad raya

Oleh: Izzatie Rizan

SERI KEMBANGAN: Sampul duit raya khas diolah seperti kad raya.

Rekaan itu turut memaparkan ucapan berbentuk nasihat, pantun dan lawak jenaka.

Semuanya bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, yang mana orang ramai sanggup berbelanja besar demi menempah khas sampul duit raya mengikut citarasa sendiri.

Tinjauan wartawan, Izzatie Rizan di sebuah kilang percetakan mendapati rekaannya kini dipelbagai selain mempunyai mesej lebaran.

Menurut pemilik tempahan kad raya khas meningkat 20 peratus berbanding tahun lalu dengan menerima lebih lima juta tempahan cetakan sampul duit raya.

“Tahun nie macam2 ragamlah design tu ada yang letak perkataan yang lawak2 ..ada yang perli perli itu pun ..tapi kebanyakan lebih kepada pantun ..dan yang saya suka tahun nie orang suka bergurau ..contohnya mcm sampul raya nie ..mereka tulis jangan buka kalau tahun nie tak raya (ketawa),” kata Pengarah kilang percetakan, Muhammad Mikhail Aiman Mohd Nazri.

Muhammad Andika Putera Salleh antara individu yang mempunyai rekaan sampul duit raya sendiri tahun ini.

Menempah kira-kira 2,000 sampul duit raya beliau mempunyai mesej tersendiri yang ingin disampaikan.

“Saya nak bagi orang paham salam dan pegang sampul itu dalam bentuk fizikal itu adalah sentimental value kita punya keturunan tau yang mana ketika ini kita tengok iklan2 youtube yang dah dah pay melalui qr code itu membunuh kita punya generasi.”

Sebenarnya sama ada daripada zaman kad membawa kepada sampul istimewa ini, mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah ingatan dan doa tulus ikhlas.

Bila sebut sampul raya untuk mendapatkannya mestilah menyuburkan budaya kunjung mengunjung, semoga trend baharu ini menyuntik kemeriahan sambutan lebaran anda.

Loading...
Terkini