Tumpuan :
Nasional

Editor Video Astro AWANI meninggal dunia dalam nahas motosikal 

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI, Ahmad Hafiz Azhar, 36, yang maut dalam kemalangan jalan raya, pagi tadi.

Melalui platform X, Fahmi mendoakan supaya keluarga Allahyarham tabah dan sabar berdepan dengan kehilangan insan tersayang.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pagi tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dalam kejadian 7.46 pagi tadi Ahmad Hafiz, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dalam perjalanan ke tempat kerja terbabas di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) di sini akibat jalan licin semasa hujan lebat.

Allahyarham yang lebih mesra dikenali sebagai Randy, meninggalkan isteri Nur Farrah Hanna Ibrahim, 35, yang merupakan petugas Bahagian Pentadbiran dan Fasiliti BERNAMA dan dua anak lelaki masing-masing berusia lima tahun dan sembilan bulan.

Menurut laporan perubatan hasil proses bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), punca kematian Ahmad Hafiz akibat kecederaan di kepala dan dada ekoran kemalangan itu.

Jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di HUKM sebelum dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Alor Gajah, Melaka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini