comscore
Tumpuan :
Nasional

Ebit Lew buat laporan polis dakwa difitnah

Foto: Ebit Lew/ Instagram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ebit Lew membuat laporan polis terhadap dakwaan berlaku fitnah melampau dilemparkan terhadapnya.

Laporan polis itu dipercayai dibuat awal pagi tadi di sebuah balai polis di Subang Jaya, dekat sini.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (jam) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kapsyen di hantaran itu.

Kapsyen itu dimuat naik bersama sekeping gambar beliau memegang salinan laporan polis di hadapan pintu Balai Polis USJ 8.

Laporan polis oleh beliau itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika kali pertama tiba di Malaysia tahun ini.

Loading...
Terkini