Tumpuan :
Nasional

e-Madani: Pendaftaran, tuntutan kredit RM100 bermula 4 Disember

KUALA LUMPUR: Pendaftaran dan tuntutan kredit program e-Madani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara one off kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak akan dibuka mulai 4 Disember ini hingga 20 Februari 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang layak boleh berbuat demikian menggunakan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan masing-masing.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Madani akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-Dompet pilihan pengguna,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi program itu yang diumum semasa peluncuran ekonomi madani, Julai lalu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini