Tumpuan :
Nasional

Durian rahmah, RM50 sebakul

MUAR: Seorang peniaga menawarkan sebakul durian pelbagai jenis termasuk Musang King dan IOI dengan harga hanya RM50 bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati buah berkenaan.

Mohd Faris Idris, 36, berniaga di Jalan Tangkak-Muar itu sejak musim durian bermula bagi membolehkan pelanggan yang kurang berkemampuan menikmati semua jenis durian dengan harga rahmah.

“Kami tahu ramai yang tidak mampu membeli durian berharga mahal terutama jenis Musang King, IOI dan B13.”

“Jadi, saya menawarkan peluang ini dengan sebakul durian pelbagai jenis berharga RM50 iaitu antara tujuh hingga 10 biji bergantung pada saiz.

“Konsep ini paling laris dengan kira-kira 400 bakul sudah terjual setakat ini berbanding jualan mengikut biji yang sebelum ini sambutan kurang menggalakkan,” katanya.

Mohd Faris berkata, jualan secara bakul kali pertama diperkenalkan tahun ini dan sambutan diterima sangat memberangsangkan.

“Pelanggan berpuas hati dengan konsep harga rahmah ini dan ia akan diteruskan sehingga habis musim,” katanya yang mendapat bekalan durian di sekitar daerah ini”

Loading...
Terkini