comscore
Tumpuan :
Nasional

DUN Sabah: Belanjawan lebih RM5 bilion diluluskan sebulat suara

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Sidang Dewan Undangan Negeri, DUN Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion.

Belanjawan terbesar dalam perbelanjaan negeri itu dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor Jumaat lalu.

Bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan berkaitan belanjawan berkenaan dipersetujui sebulat suara semua Ahli DUN yang hadir selepas diumumkan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara yang menjadi tumpuan dalam Penggulungan Perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2023.

Sementara itu Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah dalam ucapan penggulungan menegaskan pendirian Kerajaan Negeri di dalam Mesyuarat Majlis Khas MA63.

Tuntutan hak 40 peratus daripada hasil Kerajaan Persekutuan di Sabah antara yang ditekankan dan dipastikan bahawa keperluan dan kepentingan Sabah akan sentiasa diutamakan dan diperjuangkan.

Justeru Hajiji berharap perkara itu tidak diputarbelitkan lagi oleh semua pihak kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

“Saya faham isu mengenai tuntutan 40 peratus kita telah nyatakan dalam perjumaan pertama dengan YAB PM inilah yang dikemukakan dia telah menjawab perkara ini akan dilihat dipertimbangkan secara serius jadi bagi saya tidak ada isu” kata Hajiji ketika menjawab soalan tambahan beberapa Ahli DUN berhubung tuntutan dan hala tuju Kerajaan Negeri mengenai MA63.

DUN Sabah turut meluluskan RUU Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dengan Pindaan 2022 dan Enakmen Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 Covid-19 dengan pindaan 2022.

Loading...
Terkini