comscore
Tumpuan :
Nasional

DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan pada 28 Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau akan bertemu dengan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk mencadangkan pembubaran DUN pada hari berkenaan.

“Kita putuskan 28 Jun (untuk pembubaran DUN). Saya akan jumpa dengan Tuan Yang Terutama untuk cadang,” katanya secara ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Timur Laut 2023, di sini, petang tadi.

Tempoh DUN Pulau Pinang tamat pada hujung bulan Ogos, namun enam negeri yang bakal menghadapi PRN bersetuju untuk membubar DUN pada hujung Jun bagi mengadakan PRN secara serentak.

Selain Pulau Pinang, negeri Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu bakal menghadapi PRN.

Loading...
Terkini