Tumpuan :
Nasional

DUN Pahang Bubar Berkuat Kuasa Hari Ini

| Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Dewan Undangangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran itu selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah semalam.

“Selaras dengan Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Pemangku Raja Pahang berkenan Dewan Negeri Pahang Ke-14 dibubarkan, berkuat kuasa pJumaat, 14 Oktober 2022 bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) di peringkat Persekutuan.” katanya pada sidang media khas di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.

Menurut beliau, walaupun penggal ini masih berbaki beberapa bulan lagi, ketetapan membubarkan Dewan Negeri Pahang Ke-14, dan seterusnya menyertai PRU ke-15, bersandarkan kepada beberapa keperluan termasuk mengelakkan proses pilihan raya berulang-ulang dalam tempoh singkat.

Pada PRU ke-14, Barisan Nasional (BN) menguasai 25 daripada 42 kerusi DUN Pahang.

Wan Rosdy yakin BN mempunyai peluang cerah menang di Pahang pada PRU ke-15.

Loading...
Terkini