Tumpuan :
Nasional

DUN Melaka lulus Bajet 2025 berjumlah RM585.7 Juta

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika menggulung perbahasan Bajet Melaka 2025 di Seri Negeri, semalam. – FOTO: NSTP

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan Bajet 2025 negeri, yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Jumaat lalu, dengan tema Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang.

Bajet tersebut, bernilai RM585.7 juta, diluluskan selepas 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan sokongan, sementara dua ADUN berkecuali dan dua lagi tidak hadir. Sebanyak 16 ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan sebelum sesi penggulungan dilakukan oleh Ab Rauf.

Daripada jumlah keseluruhan bajet itu, RM497.7 juta diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus, manakala RM88 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Menurut Ab Rauf, Bajet 2025 berteraskan tiga agenda utama: Kepelbagaian Ekonomi dan Pengukuhan Daya Saing, Kepedulian Masyarakat dan Transformasi Modal Insan Berkualiti, serta Perkhidmatan Awam Cekap dan Berintegriti.

Pelaksanaan bajet ini akan dibuat secara menyeluruh melalui 12 tumpuan utama berdasarkan 11 portfolio Exco, termasuk satu tumpuan khas untuk perkhidmatan awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini