comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] DUN Kelantan bubar esok

 

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok bagi memberi laluan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, berkata, pihaknya sudah menghantar surat pemakluman itu minggu lalu.

“Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) dihantar ke SPR pada 14 Jun,” katanya.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub

Rabu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

PAS menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (BN), tujuh kerusi dan BERSATU, satu kerusi.

Selangor akan membubarkan DUN Jumaat ini, Pulau Pinang pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 30 Jun.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Loading...
Terkini