comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua warga Singapura berdepan detik cemas kereta terbakar ketika melalui CIQ BSI

 

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri dari Singapura berdepan detik cemas selepas kereta yang mereka naiki terbakar sebelum tiba di kaunter Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Johor Bahru, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam ketika pasangan berkenaan dalam perjalanan balik ke Singapura.

Kebakaran menyebabkan bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan serta bahagian enjin hangus sama sekali.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, kebakaran itu berjaya dikawal anggota pelbagai agensi termasuk Polis, Rela, polis bantuan, dan anggota Jabatan Imigresen daripada merebak menggunakan alat pemadam api.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya jam 8.35 malam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan” katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan insiden ini turut tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini