Oleh Fazli Ahmad
PEKAN: Dua wanita terbunuh selepas Perodua Myvi bertembung dengan lori di Jalan Pekan – Rompin dekat Kampung Merchong, di sini, pagi tadi.
Dua wanita terbunuh selepas Perodua Myvi bertembung dengan lori di Jalan Pekan – Rompin dekat Kampung Merchong, di sini, pagi tadi.
Sumber: Ihsan JBPM pic.twitter.com/9BkSshFAqh
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 3, 2023
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kedua-dua mangsa tersepit dalam Perodua Myvi yang dinaiki mereka dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 8:46 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi mendapati sebuah lori bertembung dengan Perodua Myvi dan dua mangsa tersepit dalam kereta remuk terbabit,”
“Bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mayat terbabit dan menyerah kepada polis untuk tindakan lanjut” katanya dalam kenyataan media.
Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan ketika kejadian Perodua Myvi terbabit dalam perjalanan dari arah Pekan ke Rompin manakala lori terbabit dari arah bertentangan.
Identiti serta hubungan kedua-dua mangsa maut dalam nahas itu belum diperolehi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut.