comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua wanita ditahan rakam video, enggan diperiksa polis

Foto hiasan

SUBANG JAYA: Polis menahan dua wanita selepas enggan memberi kerjasama dan salah seorang mengeluarkan telefon bimbit dan merakam video serta mempertikaikan tugas pihak polis di SS15/4G, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian jam 11.10 malam, semasa pihak polis dari Bahagian Task Force Balai Subang Jaya sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah di tepi Jalan SS15/4G, di sini, melihat sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di mana terdapat dua wanita.

Menurutnya, setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa dan meminta kad pengenalan untuk tujuan pemeriksaan, kedua-duanya enggan memberi kerjasama dan salah seorangmengeluarkan telefon bimbit sebelum merakam video serta mempertikaikan tugas pihak polis.

“Tangkapan dibuat terhadap kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan .

“Suspek direman dua hari sehingga hari ini dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk arahan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada agensi penguatkuasa dan tidak menimbulkan provokasi yang membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang kerana menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini