comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua tertimbus tanah runtuh di kawasan kuari

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Banting dekat sini, hari ini. – Foto: Ihsan Bomba

KUALA LANGAT: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra dekat sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa maut akibat kecederaan parah dan mayat dikeluarkan oleh orang awam.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.32 petang.

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Banting. – Foto ihsan JBPM.

Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan kuari dengan kedalaman 1.2 meter (empat kaki).

Katanya terdapat dua orang mangsa lelaki warga tempatan berusia 30-an yang tertimbus dengan seorang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya.

Usaha menyelamat seorang lagi mangsa yang masih tertimbus masih dilakukan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini