comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua termasuk kanak-kanak parah dalam kemalangan dua kenderaan

KLUANG: Dua termasuk seorang kanak-kanak cedera parah dan ditemukan tidak sedarkan diri dalam kemalangan jalan raya di Taman Sri Impian, dekat sini, petang tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dan Hyundai Santa Fe kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4:16 petang.

Sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba dan penyelamat balai bomba Kluang dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan dua, Nuzul Azroy Mohamad Yusof.

Setibanya di lokasi mendapati Pemandu Perodua Bezza, seorang lelaki berusia 50-an, tersepit dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang turut berada di dalam kereta itu juga ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan peralatan Rescue Tool
Assembly (RTA) untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit dan memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya.

Pemandu Hyundai santa Fe tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan jam 4.40 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini