comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua suspek mati ditembak polis

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Polis menembak mati dua lelaki dipercayai penjenayah dalam insiden berbalas tembakan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Sungai Lokan, di sini, awal pagi tadi.

Dua suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden kira-kira jam 2 pagi.

Menurut sumber, polis mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

Namun suspek dipercayai cuba meloloskan diri dengan memecut kenderaan sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.

Polis terpaksa melepaskan tembakan balas bagi mempertahankan diri.

Kedua-dua suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka dipercayai mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Polis juga dipercayai menemukan senjata api dan peluru dalam kenderaan dinaiki suspek.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Jurucakap Polis Pulau Pinang memaklumkan sidang media dijangka diadakan untuk maklumat terperinci berhubung insiden terbabit.

Loading...
Terkini