Tumpuan :
Nasional

Dua sungai di Pahang lepasi paras bahaya

Sungai Jelai dan Tembeling di Kuala Tembeling hari ini. – FOTO hiasan

KUANTAN: Dua sungai di Pahang, masing-masing di Maran dan Bera merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat 4 petang, hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyatakan, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran merekodkan bacaan 19.24 meter (m), manakala Sungai Triang merekodkan 34.62m berbanding 34.50m yang ditetapkan bagi paras bahaya.

Tiga sungai pula melepasi paras amaran, iaitu Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, di sini.

Tujuh sungai pula merekodkan bacaan melepasi paras waspada ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis; Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin.

Selain itu, Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di enam daerah di Pahang.

Daerah berkenaan ialah Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Loading...
Terkini