comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua sahabat maut nahas motosikal

Penunggang dan pembonceng maut selepas motosikal ditunggangi mereka disyaki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang papan tanda jalan di Jalan Besar di Kluang Johor. – Foto tular

KLUANG: Dua sahabat maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang papan tanda jalan di Jalan Besar di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Ahmad Firdhous Sulaiman, 31, dan rakannya, Nurul Syafika Atira Zakaria, 25.

Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan satu kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal terbabas sendiri di Jalan Besar Kluang.

“Siasatan awal mendapati, motosikal jenis Yamaha MT-09 itu dari arah Jalan Besar Kluang menghala ke Bulatan Batu Pahat-Mersing.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal itu disyaki hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang papan tanda jalan.

“Akibat rempuhan kuat itu, pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan, manakala penunggangnya pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kedua mangsa tidak bekerja dan hasil semakan mendapati motosikal terbabit adalah milik rakan penunggang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini