DUNGUN: Kegembiraan 9 sahabat mandi di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Kedua-dua mangsa berusia 20 tahun dikenali sebagai Muhammad Khalili Hasnol, berasal dari Ampang Jaya, Selangor dan Muhammad Qomarul Ramly dari Kuantan, Pahang.
Masing-masing merupakan pelajar Politeknik Sultan Mizan, Dungun.
Terdahulu mangsa bersama rakan yang lain difahamkan menyewa rumah di Kampung Alur Tempoyak, Dungun, berkonvoi ke Tasik Puteri menaiki motorsikal.
Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba Bandar Almuktafi Billah Shah.
Kedua-dua mangsa dipercayai mandi di kawasan air terjun itu di kedalaman lebih 7 meter.