comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua pemandu lori cedera selepas terbabit kemalangan di persimpangan kampung Makam, jalan Mersing-Johor Bahru

KOTA TINGGI: Dua pemandu lori cedera selepas sebuah lori pasir dan lori treler bertembung di persimpangan Kampung Makam, Jalan Mersing-Johor Bahru, pagi tadi.

Pemandu lori yang membawa pasir seberat 30 tan tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut Pusat Gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.51 pagi tadi.

Berikutan itu 8 anggota dari balai bomba Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi diketuai, Pegawai Bomba Kanan II, KUP Azmi Sulaiman.

Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan pemandu lori yang tersepit di tempat pemandu.

Pemandu lori treler yang membawa muatan kira-kira 50 tan turut cedera.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.

Loading...
Terkini