comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua pelancong asing maut, lima cedera dalam kemalangan

 

Oleh: Safwan Sawi

SEMPORNA: Dua pelancong asing maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan di kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Lee Siong Huat, 60, warga Singapura dan Ngo Trinh Buu Dung, 40, warga Vietnam disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan melibatkan sebuah treler, sebuah van pelancong dan sebuah lori box.

Katanya, pelanggaran disebabkan lori treler yang hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu berlanggar dengan van pelancong yang membawa penumpang lima orang warga Singapura dan seorang warga Vietnam.

“Akibat daripada pelanggaran itu serpihan kemalangan terbang ke cermin hadapan lori box yang berada di belakang lori treler mengakibatkan cermin hadapan lori box tersebut pecah.

“Pemandu lori treler dan lori box tidak mengalami kecederaan manakala seorang penumpang warga Singapura dan seorang penumpang warga Vietnam lingkungan umur 40-an dan 60-an meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu serta empat orang lagi penumpang warga Singapura di dalam van pelancong tersebut mengalami cedera parah dan dihantar ke hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Farhan lagi, pemandu treler warga tempatan, 29 tahun itu telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini