comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua ‘orang dikehendaki’ termasuk menantu Muhyiddin dipercayai lari ke luar negara – SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk menantu kepada Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah beberapa kali cuba untuk menghubungi kedua-dua suspek namun gagal menjejaki mereka.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata kedua-duanya dipanggil untuk ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua mereka ini juga diperlukan untuk tindakan (pendakwaan) mahkamah. Mereka disenaraikan dalam ‘orang dikehendaki’ apabila gagal hadir,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bil 2/2022, di sini hari ini.

Ketika ditanya adalah kedua-kedua mereka melarikan diri atau melancong ke luar negara, Azam menyatakan notis orang dikehendaki sudah dikeluarkan.

“Anda fikirlah jika kita keluarkan ‘wanted list’ mereka melarikan dirilah,” katanya.

Kelmarin, SPRM mengeluarkan kenyataan, mereka sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

SPRM berkata, suruhanjaya itu cuba menghubungi dua lelaki terbabit yang juga seorang ahli perniagaan dan peguam, secara terus dan menerusi peguam masing-masing.

Loading...
Terkini