comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua melecur dalam kebakaran kedai 

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Dua pekerja kedai pembuat plat kenderaan cedera disambar api setelah premis tempat mereka bekerja di Jalan Bukit Ubi, di sini terbakar pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, ketika kebakaran kedua-dua mangsa sedang bekerja di dalam premis terbabit.

Menurutnya, mangsa berusia 32 dan 34 tahun melecur di tangan.

15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kebakaran pada jam 11:43 pagi.

“Komander Operasi lapor sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati tingkat bawah rumah kedai jenis dua tingkat sedang terbakar,”

“Bomba mengambil masa hampir 20 minit untuk mengawal dan memadam api,”

“Kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus ruang kedai di tingkat bawah premis terbabit.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut  Zulfadli, dua pekerja tercedera diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini