MERSING: Dua warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas van yang dinaiki 9 orang bertembung dengan sebuah lori, di depan Institut Latihan Perindustrian, dekat sini, petang tadi.
Pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan jam 6.13 petang tadi.
Susulan itu sebuah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba Mersing bergegas ke lokasi kejadian, diketuai Penolong Penguasa Bomba, Abdul Muiz Mukhtar.
“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian terdapat 9 orang mangsa terlibat, dua daripada maut dan disahkan oleh pihak KKM yang berada di lokasi” katanya.
Dua mangsa yang maut adalah wanita warga emas dikenali sebagai Choong Yee Hoong, 63 dan Lim Kim Wah, 57 yang juga pemandu van.
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Manakala 3 lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan.
Empat lagi penumpang van terbabit masing-masing dua lelaki dan dua wanita tidak mengalami kecederaan.
Pemandu lori juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan.