comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua maut, tujuh parah dalam nahas bas 

 

Seremban: Dua maut dan tujuh penumpang bas persiaran cedera parah akibat kemalangan membabitkan bas dan kereta di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pagi tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi Bakarya Mohd Salleh berkata,  jumlah mangsa terlibat yang menaiki bas berkenaan adalah 22 orang termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas (lelaki) dan penumpang wanita warga Indonesia.

Tujuh mangsa yang cedera parah dikeluarkan pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“13 mangsa (penumpang) lain cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bakarya berkata, mangsa yang menaiki kereta pula melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan turut mengalami kecederaan.

“Mangsa yang lain masih menerima rawatan dan operasi ditamatkan pada pukul 9.23 pagi tadi,” katanya

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada jam  5.05 pagi.

Loading...
Terkini