comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut, tiga cedera, kereta terbabas dan langgar pembahagi jalan

Oleh : Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Dua maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian, Senai.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi tadi, dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi cedera.

Kesemua mangsa terperangkap dalam kenderaan terbabit.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, dua jentera dari balai Skudai dan Kempas bersama 20 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wan Nor Affendi Wan Yusof, digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Sebaik tiba, mereka mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam kereta Wira.

Bagaimanapun dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khatiravan A/L Naedunchellian, 23 dan Arvindran A/L Mahendran, 20 tahun.

Manakala tiga lagi yang cedera dikenali sebagai Thineswaran A/L Vasudevan, 22,  Arivin A/L Sarawanan, 24, dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36 tahun.

Tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan.

Loading...
Terkini