Tumpuan :
Nasional

Dua maut, seorang parah nahas dua kenderaan

Keadaan treler dan kereta terbabit kemalangan di Kilometer 417.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara yang meragut dua nyawa, pagi tadi. – Foto ihsan polis

HULU SELANGOR: Dua maut manakala seorang parah dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 417.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata kemalangan jam 7.15 pagi itu membabitkan sebuah treler dan kereta Proton Wira.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki tiga lelaki warga tempatan berusia 18, 19 dan 20 tahun dari Kuala Lumpur ke Hulu Bernam.

“Ketika melalui lebuh raya, Proton Wira disyaki hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar treler.

“Pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala penumpang belakang parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini