Tumpuan :
Nasional

Dua maut dihempap pokok di Ampang

Kredit: Media sosial

AMPANG : Dua pengguna jalan raya maut selepas dihempap pokok dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Utama Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang  di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 3.51 petang tadi.

“Pada 19 Disember 2023, jam 3.52 petang Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima maklumat awal berkaitan satu kejadian pokok tumbang dan telah menghempap sebuah kereta dan motosikal di Jalan Utama Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang.

“Adalah disahkan setakat ini dua mangsa telah meninggal dunia merupakan warga tempatan,” jelasnya.

Mangsa yang juga pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian
.
Manakala mangsa kedua yang juga penunggang motorsikal disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa belum didedahkan polis ketika ini.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Laporan lanjut akan menyusul.

Loading...
Terkini