comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut, 19 cedera, bas persiaran terbabas lalu terbalik


RINGKASAN BERITA

Dua maut, 19 lagi cedera selepas sebuah persiaran terbabas dan terbalik di jalan turun dari Genting Highlands, Pahang, pagi tadi.

Bas terbabit membawa 11 penumpang lelaki dan tujuh wanita warga China, selain seorang pemandu serta dua pemandu pelancong tempatan.


PETALING JAYA: Dua penumpang maut manakala 19 lagi cedera selepas bas persiaran dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 16.5, jalan turun dari Genting Highlands, Pahang pagi tadi.

Dua daripada mangsa dilapor tersepit di dalam bas namun disahkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.43 pagi.

Sepasukan bomba dan penyelamat dari BBP Bentong, BBP Genting Highlands dan Unit Kebakaran Genting dikejarkan ke lokasi.

Sejurus tiba, didapati dua penumpang tersepit di dalam bas manakala 19 orang mangsa dibawa keluar dari bas.

Pemeriksaan mendapati bas persiaran tersebut membawa 11 penumpang lelaki dan tujuh wanita warga China.

Manakala tiga lagi mangsa adalah pemandu dan dua pemandu pelancong warga tempatan.

Mayat dua penumpang tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa belum dikenal pasti.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini