comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua lembu terlepas di lebuh raya

 


Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Dua ekor lembu dikesan berkeliaran di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) pagi Ahad menjejaskan laluan kenderaan dan menyebabkan kesesakan di lebuh raya itu.

Tular beberapa video di media sosial memaparkan dua haiwan itu berlari di sepanjang lebuh raya di sekitar Kelana Jaya menuju Puchong.

Satu perkongsian di Facebook menunjukkan lembu-lembu berkenaan melintasi pembahagi jalan dan melanggar sebuah kenderaan hingga menyebabkan kerosakan kecil di bahagian depan kenderaan terbabit.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kejadian itu kerana tiada laporan polis berkenaan kes itu dilaporkan.

Beliau juga berkata, ketika ini pihaknya sedang membuat pengesahan sama ada kumpulan lembu berkenaan merupakan lembu korban sempena perayaan Aidiladha atau sekadar lari daripada pemiliknya.

Sebelum itu, tular di aplikasi Tiktok dan Facebook beberapa video menunjukkan dua ekor lembu beserta tali di leher melalui Lebuh Raya LDP.

Manakala satu lagi video memaparkan dua individu sedang menarik seekor lembu yang terlepas di hadapan sebuah pasar raya di Kelana Jaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini