comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lelaki maut motosikal bertembung

Dua maut dalam kemalangan selepas motosikal mereke bertembung dalam kejadian berhampiran RBI Jaya Canopy, Jalan Salor – Pasir Mas. -Foto ihsan Polis

KOTA BHARU: Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kejadian berhampiran RBI Jaya Canopy, Jalan Salor – Pasir Mas, di sini, jam 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kemalangan itu membabitkan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR berusia 28 tahun dan penunggang Honda Wave berumur 79 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati penunggang Yamaha Y15ZR dari arah Wakaf Che Yeh ke Kampung Pendek, di sini, memasuki laluan bertentanga sebelum motosikal ditunggang melanggar motosikal yang ditunggang warga emas itu.

“Akibat daripada perlanggaran berkenaan, kedua-dua mangsa bersama motosikal yang ditunggangi tercampak ke atas jalan dan mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Selain itu, kedua-dua. mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosdi berkata kepada sesiapa yang melihat kejadian kemalangan itu boleh hadir membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.

Tambahnya, pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas yang berkuat kuasa di Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini