comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lelaki maut kereta terbabas langgar pokok

FOTO: Ihsan JBPM Johor

AYER HITAM: Dua lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok, sebelum terjunam ke dalam sungai, di Parit Kuari Darat dekat sini, pagi tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku jam 6 pagi tadi menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Alif Haziq Siduliub @ Ayob, 21 yang juga pemandu kereta serta penumpang sebelah pemandu, Irman Hamka Hassan, 22.terperangkap dalam kereta sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Parit Tengah Parit Raja menghala ke arah Ayer Hitam.

Sementara itu, Komander Operasi diketuai Penolong Penguasa Bomba, Mohd Shamin Mohamed Salikin, berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dihantar ke tempat kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta Proton Wira telah terbabas dan terhumban dalam sungai sedalam satu meter.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Kementerian Kesihatan.(KKM).

Mangsa mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 8.53 pagi tadi.

Polis mengesahkan mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Muhammad Alif Haziq Siduliub @ Ayob, 21 yang juga pemandu kereta serta penumpang sebelah pemandu, Irman Hamka Hassan, 22.

Punca sebenar kemalangan dan kematian masih dalam siasatan.

Saksi awam yang melihat kemalangan itu diminta tampil berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Salmiah Mohamed di talian 07-4327704.

Loading...
Terkini