comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lelaki ditahan, wang tunai, dadah RM210,000 dirampas 

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor memberkas dua lelaki warga tempatan disyaki pengedar dadah di Sungai Belukang, Tanjung Piai, awal pagi tadi.

Pengarahnya Laksamana Pertama, Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 32 tahun dan 30 tahun ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang mereka naiki berjaya menemui tiga bungkusan ketulan mampat berwarna kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Kedua-dua suspek mengaku memandu dari Kuala Lumpur ke Tanjung Piai bagi tujuan mengedar dadah” katanya dalam satu kenyataan.

Turut disita sejumlah wang tunai bernilai hampir RM10,000 dan sebuah kenderaan Honda CRV yang digunakan oleh suspek.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah dianggar lebih RM210,000.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07- 2199401 atau talian MERS 999.

Loading...
Terkini