PETALING JAYA: Dua buah kilang cat di Taman Perindustrian Meru, Kapar, Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.
Dua buah kilang cat di Taman Perindustrian Meru, Kapar, Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Sumber: Video tular pic.twitter.com/AMN4KexkAa
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 29, 2024
Seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, BBP Bukit Jelutong, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang, BBP Shah Alam, BBP dan BBP Rawang segera dikejarkan ke lokasi.
Sebaik tiba, api sedang marak dan sebahagian besar kilang sudah dijilat api.
Ketika ini, operasi memadam kebakaran masih dijalankan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.