Tumpuan :
Nasional

Dua kereta, lima motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

PETALING JAYA: Sebuah bengkel di Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara di sini, terbakar memusnahkan dua kereta dan lima motosikal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kejadian itu, kira-kira jam 4.44 pagi tadi.

“Kami mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel di blok B PPR berkenaan yang terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini,” katanya.

​​​​​​​Api dapat dikawal jam 5.08 pagi dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman membabitkan seramai 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara dan BBP Subang Jaya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini