comscore
Tumpuan :
Bencana

Dua kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat di ibu negara 

Anggota bomba mengalihkan pokok tumbang di Dutamas Publika dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, hari ini. – FOTO : Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di ibu negara pada Ahad menyebabkan pokok tumbang di dua lokasi.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kedua-dua kejadian itu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, kerja-kerja memotong pokok dan mengalihkan pokok sedang dilakukan.

Pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 dan menghantar jentera ke lokasi kejadian bermula jam 8.05 pagi.

Katanya, balai yang terlibat adalah Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail.

“Berlaku kejadian sebatang pokok tumbang di atas jalan raya di pintu masuk blok D, Dutamas Publika dan sebatang pokok telah tumbang serta menghalang lalu lintas di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini