comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua kanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan

Anggota bomba menyelamatkan dua kanak-kanak terperangkap dalam kereta di hadapan rumah di Taman Damansara Aliff di sini, malam tadi. – FOTO: Ihsan Bomba

JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta hampir setengah jam di hadapan sebuah kediaman di Jalan Aliff Harmoni di Taman Damansara Aliff di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.38 malam tadi.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin bersama sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM) ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Razak Mohd Saat.

“Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan dua tahun terperangkap dalam sebuah kereta jenis Peugeot yang terkunci sendiri.

“Anggota Bomba bertindak membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya diselamatkan.

“Mangsa dalam keadaan baik dan operasi tamat pada jam 11.02 malam tadi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Loading...
Terkini