Oleh Zahir Senapiah
KOTA TINGGI: Dua kanak-kanak perempuan lemas ketika mandi manda di pantai Tanjung buluh, di Sedili Kechil, dekat sini dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Menurut Komander operasi, Penolong Pegawai Bomba dan Menyelamat, Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, 9 anggota bomba dari balai bomba Bandar Penawar dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan terdapat 4 mangsa lemas di pantai Tanjung Buluh, Sedeli.
Katanya, sebaik tiba dua daripada mangsa berjaya diselamatkan orang awam.
Manakala dua lagi kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kementerian kesihatan yang berada di lokasi.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Siti Nursalina Johari, 10 dan kakaknya Siti Rabiah, 13.
Manakala ibu mangsa dikenali sebagai Mersidita Yunos, 46 dan seorang lagi mangsa dipercayai saudara kepada mangsa dikenali sebagai Saleha Haron, 27 tahun cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Di fahamkan ketika kejadian bendera merah dipasang di pantai berkenaan sebagai tanda melarang aktiviti mandi manda kerana ombak kuat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.