Tumpuan :
Nasional

Dua faktor nilai Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.- Foto fail 

KUALA LUMPUR: Lokasi dan ciri demografi seperti umur, jantina serta saiz isi rumah menjadi penentu bagi menilai Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dalam menetapkan anggaran kos sesebuah isi rumah menjalani kehidupan bermakna.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata nilai PAKW bagi setiap rumah adalah berbeza bergantung kepada ciri-ciri demografi dan lokasi kediaman.

“Pengelasan mereka yang layak atau tidak layak untuk menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan kepada pendapatan boleh belanja bersih.

“Hasrat kerajaan adalah sehingga 85 peratus dari isi rumah mengikut kaedah ini yang akan menerima subsidi kerana ia adalah lebih adil dan saksama.

“Langkah seterusnya adalah Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang memperhalusi kriteria-kriteria dan keputusan akhir itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk diluluskan dan kemudian akan diumumkan kepada rakyat,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

PAKW merujuk jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh sesuatu isi rumah dan individu untuk mencapai kehidupan wajar yang memenuhi keperluan, kehendak dan kemampuan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Mengulas lanjut mengenai PAKW, Rafizi berkata pendekatan baharu itu diperkenalkan menerusi analisi data sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menerusi sistem sama, beliau berkata kerajaan turut memperkenalkan pendapatan boleh guna bersih bagi isi rumah dan individu sebagai pendekatan baharu mengklasifikan sesuatu golongan.

Setakat ini, PADU mengandungi profil demografi dan sosioekonomi terpilih bagi individu, isu rumah warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia, yang meliputi 30.1 juta individu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini